Kelas: 4 Sarjana
Kemahiran 8.4 Aras 1 (i)
Membina ayat topik dan ayat huraian berdasarkan isi yang dikenal pasti tentang sesuatu tajuk
Tajuk: Kebaikan Menyertai Seni Mempertahankan Diri
1. Isi penting: menyihatkan tubuh badan
Ayat topik: Seni mempertahankan diri dapat menyihatkan tubuh badan kita.
Ayat huraian: Murid-murid yang menyertai seni mempertahankan diri akan dapat melakukan pelbagai
gerakan anggota badan mereka.
2. Isi penting: membina semangat berpasukan
Ayat topik: Seni mempertahankan diri dapat membina semangat berpasukan.
Ayat huraian: Oleh itu, pasukan menjadi kuat dan sudah pasti pasukan kita akan digeruni oleh pasukan
lawan.
3. Isi penting: menambah keyakinan diri
Ayat topik: Seni mempertahankan diri juga dapat menambah keyakinan diri seseorang.
Ayat huraian: Sikap ini akan menjadi suatu kebiasaan dalam diri dan kita tidak akan bermasalah apabila
menghadapi sesuatu cabaran.
No comments:
Post a Comment