Pages

Saturday, March 23, 2013

Ayat Topik dan Ayat Huraian

Tarikh Pengajaran: Selasa 12 Mac 2013  masa: 7.45-8.45
Kelas: 4 Sarjana
Kemahiran 8.4 Aras 1 (i)
Membina ayat topik dan ayat huraian berdasarkan isi yang dikenal pasti tentang sesuatu tajuk
Tajuk:  Kebaikan Menyertai Seni Mempertahankan Diri

1.  Isi penting:  menyihatkan tubuh badan
    Ayat topik:  Seni mempertahankan diri dapat menyihatkan tubuh badan kita.
    Ayat huraian:  Murid-murid yang menyertai seni mempertahankan diri akan dapat melakukan pelbagai
    gerakan anggota badan mereka.

2.  Isi penting:   membina semangat berpasukan
     Ayat topik:  Seni mempertahankan diri dapat membina semangat berpasukan.
     Ayat huraian:  Oleh itu, pasukan menjadi kuat dan sudah pasti pasukan kita akan digeruni oleh pasukan
     lawan.

3.  Isi penting:  menambah keyakinan diri
     Ayat topik:  Seni mempertahankan diri juga dapat menambah keyakinan diri seseorang.
     Ayat huraian:  Sikap ini akan menjadi suatu kebiasaan dalam diri dan kita tidak akan bermasalah apabila
     menghadapi sesuatu cabaran.


                                                    








Friday, March 22, 2013

Tuesday, March 12, 2013

Inilah kelasku . Tahun 4 Sarjana SK Kampong Bahagia Teluk Intan
Ini adalah pandangan dari hadapan kelas.  Masih mencari idea untuk menceriakan lagi kelas.