Segak Bergaya dengan berpakaian unit uniform masing-masing.
Mengetuai nyanyian lagu Negaraku.
Sebahagian guru-guru SK Kampong Bahagia turut menyanyi Lagu Negaraku
Lagu Negaraku
Peranan Lagu Kebangsaan bukan sahaja untuk membangkitkan semangat patriotik terhadap negara bahkan ianya melambangkan sosiobudaya serta mempaparkan cita-cita, hasrat dan harapan bangsa negara berkenaan. Lagu Kebangsaan Malaysia dinamakan Negaraku. Maksud lirik lagu Negaraku ialah menyeru rakyat dari berbagai bangsa, agama dan sosiobudaya hidup bersatu padu dan mengejar pelbagai kemajuan. Di samping itu lagu ini memohon rahmat dan kebahagiaan dari Allah untuk kesejahteraan raja, rakyat dan negara tercinta Malaysia. Lagu Negaraku asalnya berentak moderato sama seperti kebanyakan negara-negara beraja lain di dunia. Walau bagaimanapun sesuai dengan perkembangan sosioekonomi negara, pada 30 Ogos 1993 iaitu sempena menyambut Perayaan Hari Kebangsaan tahun 1993, kerajaan telah mengubah rentaknya kepada rentak march iaitu lebih cepat dan penuh bersemangat. Rakyat Malaysia yang cintakan negara dan raja perlu mengetahui lebih dalam mengenai Negaraku supaya lebih bersemangat patriotik.
NEGARAKU
TANAH TUMPAHNYA DARAHKU
RAKYAT HIDUP BERSATU DAN MAJU
RAHMAT BAHAGIA TUHAN KURNIAKAN
RAJA KITA SELAMAT BERTAKHTA
RAHMAT BAHAGIA TUHAN KURNIAKAN
RAJA KITA SELAMAT BERTAKHTA
Sunday, April 21, 2013
Program Nilam kelasku
baca jangan tak baca
Apa itu NILAM

LATAR BELAKANG
Budaya ilmu adalah aktiviti ilmiah yang dipraktikan sesebuah masyarakat untuk menjadi masyarakat bertamadun. Peradaban ini akan terus relevan dan berkembang jika diasah dan diperturunkan kepada generasi muda masyarakat kita. Pembentukan bangsa atau masyarakat dapat dibina jika mengamalkan budaya ilmu. Salah satu asas yang penting bagi budaya ilmu ialah amalan membaca. Membaca perlu disemai dan dijadikan amalan setiap anggota masyarakat agar dapat berkembang maju dalam pelbagai bidang seperti pendidikan, ekonomi, dan teknologi. Kecemerlangan bangsa dan negara akan dapat dicapai jika masyarakatnya membudayakan amalan membaca sebagai rutin harian. Sekaligus pengetahuan dan pengalaman melalui pembacaan dijadikan asas pembentukan modal insan yang cemerlang bagi membentuk negara maju.
Program NILAM
Kementerian Pelajaran Malaysia telah memperkenalkan Program NILAM di peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah. Program NILAM adalah agenda prima untuk menjadikan murid-murid sekolah sebagai warga yang berilmu. Di samping menjadikan membaca satu habit yang berkesinambungan tanpa mengira peringkat usia. NILAM adalah akronim daripada Nadi Ilmu Amalan Membaca. Program NILAM merupakan pengabungan atau adunan semua aktiviti galakan membaca yang pernah dijalankan di sekolah seluruh negara. Program NILAM adalah penjenamaan semula program membaca dengan memberi pengiktirafan. Ianya salah satu kaedah untuk menangani masalah yang menghalang penyuburan tabiat membaca dalam kalangan warga sekolah dan masyarakat Malaysia amnya.
Kusyuknya membaca hingga tak sedar cikgu ambil gambar ya
Wednesday, April 17, 2013
PANTUN
Mari berpantun
Indah dan permai Kampung Lancang,
Tempat orang berburu rusa,
Masa depan perlu dirancang,
Agar hidup sejahtera sentiasa.
Pohon pauh di tepi jalan,
Daunnya luruh merata-rata,
Sayangi sekolah jadikan amalan,
jasanya besar kepada kita.
Hinggap tempua di pohon kelapa,
Sambil menikmati alam maya,
Berkat kerjasama ibu dan bapa,
Setiap aktiviti pasti berjaya.
(pantun dipetik daripada buku teks Bahasa Melayu tahun 4)
Tahniah kepada pasukan pantun SK kampong Bahagia yang
berjaya menjadi johan Daerah Hilir Perak dan mewakili
Hilir Perak ke Peringkat Negeri di SMK Gerik pada
12 April 2013.
Indah dan permai Kampung Lancang,
Tempat orang berburu rusa,
Masa depan perlu dirancang,
Agar hidup sejahtera sentiasa.
Pohon pauh di tepi jalan,
Daunnya luruh merata-rata,
Sayangi sekolah jadikan amalan,
jasanya besar kepada kita.
Hinggap tempua di pohon kelapa,
Sambil menikmati alam maya,
Berkat kerjasama ibu dan bapa,
Setiap aktiviti pasti berjaya.
(pantun dipetik daripada buku teks Bahasa Melayu tahun 4)
Tahniah kepada pasukan pantun SK kampong Bahagia yang
berjaya menjadi johan Daerah Hilir Perak dan mewakili
Hilir Perak ke Peringkat Negeri di SMK Gerik pada
12 April 2013.
Tuesday, April 9, 2013
Tanah Runtuh
Apa itu Tanah Runtuh?
Tanah runtuh merupakan salah satu daripada fenomena geobencana yang sering berlaku samada secara semulajadi atau akibat aktiviti manusia. Proses kejadian tanah runtuh melibatkan gelongsoran tanah atau pergerakan tanah dari satu kedudukan yang tidak stabil dan ianya berlaku secara pantas atau perlahan oleh tarikan graviti.Sekiranya ia berlaku secara kecillan dan perlahan, ia mungkin kurang membahayakan alam. Tetapi jika ia berubah kepada skala yang lebih besar dan pantas, ia boleh memberi kesan buruk dan mengakibatkan kemusnahan dan kematian pada sesuatu kawasan.
Kejadian tanah runtuh merupakan salah satu daripada proses susutan darat yang disebabkan oleh ketakstabilan jisim tanah. Ia merupakan masalah utama yang dihadapi oleh beberapa negara terutama di kawasan tanah tinggi dan di kawasan yang berisiko gempabumi dan gunung berapi (volkano).
1.2 Konsep
Beberapa konsep asas tentang tanah runtuh dapat dinyatakan. Pergerakannya adalah dari kawasan tinggi ke kawasan yang rendah iaitu mengikuti cerun akibat tindak balas terhadap daya tarikan graviti. Pergerakannya boleh disertai dengan agen pembawaseperti aliran air ataupun tidak.
Kejadian tanah runtuh yang disebabkan oleh aktiviti manusia adalah sepertipenarahan kawasan bukit, perlombongan dan aktiviti pembangunan lain. Pergerakan runtuhan tanah boleh diklasifikasikan secara asas sebagai jatuhan batuan atau debris,gelongsoran batuan atau debris, aliran debris atau lumpur dan gelinciran ais(avalanches). Bukit-bukit ditarah untuk pembinaan jalanraya ataupun bangunan-bangunan.
Selain itu, permulaan pergerakannya juga boleh berpunca dari gegaran gempa bumi,letusan volkano atau pengaliran air bawah tanah. Ia adalah proses semulajadi di mana tekanan menyebabkan bahan tanah perlu bergerak untuk mengalamipenstrukturan semula supaya menjadi lebih stabil.
1.3 Komposisi
Komposisi runtuhan tanah boleh terdiri daripada sedimen bersaiz lumpur, batu pasir, gravel dan pebel atau bongkah-bongkah batuan. Bahan batuan yang bercampur tanah disebut debris atau puing. Bahan-bahan ini dipercayai mengalamikegagalan akibat beberapa faktor penyebab. Kandungan bahan gagal ini boleh mencapai jumlah yang besar sehingga 1,000,000 meter padu dan mengakibatkan kemusnahan yang besar kepada kawasan sekitarnya.
1.4 Risiko
Kawasan bertopografi cerun lebih berisiko mengalami kejadian tanah runtuh akibatketakstabilan cerun berbanding kawasan yang agak landai dan rata. Walaubagaimanapun, risikonya seringkali sukar diramal dan dielak oleh manusia. Fenomena ini boleh mengakibatkan kemusnahan insfrastruktur, pengangkutan danmerosakkan penempatan manusia. Terdapat pelbagai faktor dan contoh kejadian tanah runtuh yang sentiasa dikaji oleh ahli sains. Kajian yang lebih mendalam dan kesedaran di kalangan masyarakat perlu sentiasa diteruskan bagi mengurangkan kejadian tanah runtuh daripada berlaku dengan lebih teruk lagi.
Sunday, April 7, 2013
guru penyayang
Menyambut harijadi Hannah Hazirah di dalam kelas.
Terima kasih...kek sedap sangat.
Meraikan harijadi murid-murid menjadi salah satu agenda di dalam program Guru Penyayang di SK Kampong Bahagia. Aktiviti seperti ini juga dapat memupuk sikap prihatin dan kasih sayang diantara guru dan murid. Seterusnya guru dapat menjalankan pengajaran dan murid dapat belajar dengan baik dan berkesan.
Tuesday, April 2, 2013
Pembaca berita tv4s
Tajuk: Berita Terkini
kemahiran tata bahasa: Ayat Perintah
Pelajaran dimulakan dengan memberi peluang kepada murid-murid menjadi pemberita untuk membaca berita terkini tentang banjir.
Langkah seterusnya murid-murid dikehendaki mencari dan menulis semula ayat perintah yang terdapat di dalam petikan berita.
Merujuk kepada Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga , Ayat perintah ialah ayat yang digunakan dengan tujuan untuk menimbulkan sesuatu tindakan. Ayat perintah boleh dibahagikan kepada empat jenis berikut:
1. Ayat suruhan
Contoh ayat: Jaga barang-barang ini.
2. Ayat larangan
Contoh ayat: Dilarang merokok
3. Ayat silaan
Contoh ayat; Jemput masuk
4. Ayat permintaan
Contoh ayat: Tolong tutup pintu.
Gaya Mursyid ketika membaca berita..Ada gaya Ada rupa.
kemahiran tata bahasa: Ayat Perintah
Gaya tersendiri Hakimi Haikal
Pelajaran dimulakan dengan memberi peluang kepada murid-murid menjadi pemberita untuk membaca berita terkini tentang banjir.
Langkah seterusnya murid-murid dikehendaki mencari dan menulis semula ayat perintah yang terdapat di dalam petikan berita.
Merujuk kepada Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga , Ayat perintah ialah ayat yang digunakan dengan tujuan untuk menimbulkan sesuatu tindakan. Ayat perintah boleh dibahagikan kepada empat jenis berikut:
1. Ayat suruhan
Contoh ayat: Jaga barang-barang ini.
2. Ayat larangan
Contoh ayat: Dilarang merokok
3. Ayat silaan
Contoh ayat; Jemput masuk
4. Ayat permintaan
Contoh ayat: Tolong tutup pintu.
Monday, April 1, 2013
unit 5 Sentiasa Berhemat Kita Selamat
Hari ini 1 April 2013, kembali ke sekolah setelah cuti pertengahan penggal 1/2013 berakhir.
kemahiran tatabahasa hari ini; Kata Arah
Kata arah ialah sejumlah perkataan yang hadir sebelum frasa nama dan lazimnya sesudah kata sendi untuk menunjukkan hala atau jurusan. Contoh: atas, bawah, tepi belakang, tepi, utara, selatan, timur dan barat.
Contoh penggunaan ayat;
1. Buku itu di atas meja.
2. Tetamu itu berada di dalam dewan.
3. Rumah Ani terletak di selatan rumah Mazlan.
4. Balai raya itu terletak di timur hospital.
5. Ali menaiki kereta api untuk ke utara Semenanjung Malaysia.
kemahiran tatabahasa hari ini; Kata Arah
Kata arah ialah sejumlah perkataan yang hadir sebelum frasa nama dan lazimnya sesudah kata sendi untuk menunjukkan hala atau jurusan. Contoh: atas, bawah, tepi belakang, tepi, utara, selatan, timur dan barat.
Contoh penggunaan ayat;
1. Buku itu di atas meja.
2. Tetamu itu berada di dalam dewan.
3. Rumah Ani terletak di selatan rumah Mazlan.
4. Balai raya itu terletak di timur hospital.
5. Ali menaiki kereta api untuk ke utara Semenanjung Malaysia.
Subscribe to:
Posts (Atom)